Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Pulau Bunting
Pulau Bunting merupakan salah satu tempat yang menarik di Sungai Limau Dalam. Terdapat banyak aktiviti yang dapat dijalankan di Pulau Bunting seperti memancing ikan laut, berjoging, dan beristirehat melihat pemandangan laut dari jarak dekat. Hal ini adalah kerana Pulau ini mempunyai jabatan panjang yang menghubungkan pulau dengan tanah besar di mana memudahkan semua orang untuk pergi ke sana.
Gelanggang Futsal
Terdapat 2 gelanggang futsal yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 malam. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan. Gelanggang pertama terletak di kampung Sungai Limau Luar, Gelanggang kedua terletak di Kampung Sungai Daun.
Kedai Makan
Bagi penggemar laksa, kedai Laksa Toksu menjadi pilihan di hati penduduk di sekitar Sungai Limau dan pelancong luar. Hal ini disebabkan laksanya yang segar dan sudah beroperasi selama 30 tahun. Manakala, bagi penggemar ABC iaitu air batu campur, pengunjung boleh singgah minum di kedai Pak Mat kerana masih mengamalkan ABC secara traditional dengan harga yang begitu murah.