Penggambaran Pulau Songsong Yan Kedah
21 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Maxis Daerah Yan yang bergerak di bawah Kluster Menarik Di Yan telah menjalankan penggambaran di Pulau Songsong Yan Kedah pada 20 Ogos 2016 yang lalu. Penggambaran ini bagi memenuhi Geran Finas yang telah berjaya di pohon oleh Kluster Menarik Di Yan.
Pulau yang tidak berpenghuni ini mengambil masa kira-kira 30 minit menaiki bot dari Jeti Kampung Sungai Udang di harapkan dapat dimajukan untuk aktiviti pelancongan melalui dokumentari dari Kluster Menarik di Yan.
Pelbagai pihak telah memberi kerjasama untuk menjayakan dokumentari ini termasuklah wakil dari Nera Infocorm, Maxis, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan juga orang perseorangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: