Bengkel Asas Keusahawan Anyaman Manik
14 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 6 & 13 April 2016, pihak PI Maxis Daerah Yan telah mengadakan Bengkel Asas Keusahawanan Anyaman Manik bersama pelatih Pusat Dalam Komuniti Nur Kasih Sungai Limau. Seramai 6 orang pelatih terpilih untuk menyertai bengkel ini, pelatih di pusat ini terdiri dari mereka yang istimewa dan kelainan upaya.
Dalam bengkel ini petugas PI telah melatih mereka menghasilkan produk seperti bakul telur dari manik dengan harapan para pelatih dapat menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan mereka di kemudian hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: