Kelas Asas Shopee & Canva
10 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Januari 2022, pihak PEDi Sg Limau Dalam telah membantu seorang usahawan makanan kering laut untuk memulakan perniagaannya di Shopee. Menamakan kedainya dangan UmmyAli Seafood, Puan Ummy menjual ikan kering dan ikan masam di samping mempromosikan juga produk kuih tradisional jiran-jirannya seperti kuih batang buruk. Puan Ummy meminta bantuan PEDi untuk mengetahui lebih dalam lagi selok belok berniaga di Shopee. Selain Shopee pihak PEDi juga telah menunjuk cara mereka letak ‘cover photo’ menggunakan aplikasi Canva.com.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: