Bengkel Penyediaan Media Sosial bersama Unit Pemakanan Jab. Kesihatan Kedah
13 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Jan 2021 yang lalu pihak PIK Sg Limau Dalam telah dijemput untuk berkongsi ilmu berkenaan aplikasi – aplikasi ‘open source’ yang terdapat di internet bagi memudahkan tugasan para pegawai Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Seramai 25 orang peserta telah menyertai sesi perkongsian ini yang di buat secara atas talian menggunakan aplikasi zoom.
Sesi bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Pihak PIK Sg Limau Dalam telah berkongsi mengenai FB Live, Streamyard studio dan juga Zoom.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: