Aktiviti PI Sg Limau Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
21 April 2020 | Aktiviti TerkiniSepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani isu penularan wabak Covid 19 bermula 18 Mac sehingga 28 Apr 2020 (PKP Fasa 3) ini pihak Pusat Internet Sg Limau menawarkan pinjaman notebook kepada komuniti yang ingin belajar di rumah dengan menghantarnya ke rumah-rumah sekitar Daerah Yan, sebanyak 10 buah notebook telah di pinjamkan dalam tempoh PKP ini.
Tutorial penggunaan platform ekelas untuk mengulangkaji matapelajaran juga di berikan melalui whatapps kepada para waris dan pelajar. Selain itu, pihak Pusat Internet juga kerap menyalurkan maklumat terkini berkenaan PKP seperti bantuan-bantuan khas yang diperikan oleh kerajaan (BPN), i-lestari (KWSP) dan isu-isu penularan berita palsu melalui platform media sosial Facebook Pusat Internet Sg Limau Dalam dan juga Instagram pi_sglimaudalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: