Program Rapat Rakyat Daerah Yan 2019
7 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 - 6 Oktober 2019 yang lalu, pihak Pusat Internet Kluster Yan seramai 10 orang kakitangan telah di jemput menyertai Program Rapat Rakyat Daerah Yan 2019 yang di anjurkan oleh Majlis Daerah Yan. Pihak kakitangan Pusat internet telah membantu pihak SKMM KDSO dalam menyebarkan maklumat berkenaan Analog Switch Off di booth pameran. Selain itu En Faizal Ketua MCMC KDSO turut memberikan taklimat kesedaran berkenaan ASO di pentas utama. Beberapa kakitangan yang lain telah mengadakan jualan bersama usahawan PI di booth jualan. Seramai 300 pengunjung telah menerima manfaat dari kempen ASO tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: