Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Keusahawanan Parlimen Jerlun 2019
24 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Nov 2019 yang lalu, seramai 14 kakitangan dan usahawan Pusat Internet Maxis Kedah telah memenuhi jemputan dari Parlimen Jerlun sebagai pempamer di booth karnival tersebut. Pihak Pusat Internet telah mengadakan pameran berkenaan e-Waste, Klik Dengan Bijak dan juga pameran barangan jualan usahawan PI.
Karnival ini berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 4 petang dan di rasmikan oleh Yab Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Yang Juga Ahli Parlimen Jerlun. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang carnival ini berlangsung seperti temuduga terbuka dari Jobs Malaysia yang membawakan 15 syarikat, taklimat kerjaya dan kemasukan ke institut pengajian tinggi, gerai jualan, pameran agensi kerajaan serta penyampaian sumbangan kepada pelajar IPT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: