Kursus Keusahawanan INTEL
26 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jan 2017, seramai 6 orang pelajar lepasan SPM telah mengikuti Kursus Keusahawanan INTEL yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang. Kursus ini bertujuan berkongsi ilmu keusahawanan di samping membuka peluang dan meningkatkan minat mereka dalam bidang keusahawanan. Para peserta yang mengikuti kursus ini akan menerima sijil khas dari pihak INTEL kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: